Hello world!
May 20, 2008Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!
COMING SOON! SUMMER CAMP 2008!
May 20, 2008
To register please visit:
RTM Benarkan Bertudung Selepas 62 Tahun
May 13, 2008Assalamualaikum…
Malaysiaku..Malaysiaku…
Kenapalah saya tak pernah perasan yang pembaca berita wanita RTM tak pernah ada yang bertudung? Kalau ada pun biasanya di TV3.
Malaysiaku negara Islam…hukhukhuk!

Tengah bz study…saat2 kritikal ni. Saya komen tentang isu ini kemudian kalau ada masa. (Saya perasan sibuk). Wassalam.
ps: Doakan saya dalam solat malam kamu ye?
Kerana kamu ibuku…
May 10, 2008Assalamualaikum…
Dalam kesibukan mempersiapkan diri untuk peperiksaan yang sudah semakin hampir saya luangkan sedikit masa berbual dengan mereka. Mencuri setitis ketenangan dari selubuk ketenangan dalam diri mereka. Meminta doa agar segala usaha saya ini di dalam redha Allah dan dalam restu mereka. Hilang sebentar segala kerisauan tentang studi, peperiksaan, ijazah, kerja.. apa-apa saja lagi tentang dunia. Kerana saya tahu..walau apa pun saya ini suatu hari nanti, mereka akan tetap menerima saya seadanya. Walau mungkin saya pulang tanpa ijazah… walau mungkin saya tidak mampu menjanjikan mereka hidup mewah, mereka akan tetap menyambut kepulangan saya dengan penuh mesra. Kerana saya tahu cinta dan kasih mereka bukan cinta biasa. Kasih mereka pada saya tiada kondisi.
Saya masih ingat setiap kali duduk di sebelah emak dalam kereta yang dipandu abah. Setiap kali abah membelok atau memberhentikan kenderaan, setangkas itu tangan emak akan menyambar tangan kami di kiri kanannya. Dan tangannya akan mengenggam lengan kami kejap, seolah-olah kiranya andai ada apa-apa yang bakal terjadi, genggamannya itu mampu menyelamatkan kami. Sudah 21 tahun usia saya kini, bermakna selama itu juga saya mengecapi kasih emak. Malah mungkin lebih daripada usia saya lagi… sejak saat saya di kandung di dalam rahimnya. Hubungan saya dengan emak amat istimewa. Sejak tamat sekolah rendah saya sudah jauh dari emak. Dan tamat pula sekolah menengah kami langsung dipisahkan oleh benua. Hanya sesekali mendengar suara dan bertemu saat cuti-cuti yang panjang. Emak sahabat saya yang paling rapat. Emak seorang yang paling setia mendengar cerita-cerita saya saat saya menelefonnya setiap minggu. Malah saya boleh menghabiskan masa berjam-jam di telefon bersama emak.
“Tak sempat nak merasa duduk lama-lama dengan anak mak ni. Ingat lagi kami menghantar Nana ke asrama lepas darjah enam. Lepas itu menghantar kamu ke lapangan terbang untuk ke UK. Sedar tak sedar sekarang ini kami sudah nak menghantar kamu ke rumah mertua pulak,”
Emak tunduk. Matanya tertumpu pada jarum dan benang di tangannya. Baju nikah putih gading saya itu perlu siap segera kerana majlisnya lusa. Emak mahu tangannya sendiri yang meyediakan baju nikah itu. Seperti semua baju-baju saya sebelum ini. Semuanya hasil tangan emak. Sejak dari kecil sehingga sekarang. Setiap kali Hari Raya emak yang akan paling sibuk menguruskan pakaian baru kami, walau pakaiannya sendiri jarang sekali berganti baru. Saya hanya mampu tersenyum sambil mata menahan tangis. Saya tahu emak sebak. Saya melihat dia membuang pandang keluar sebelum berpaling dan tersenyum semula kepada saya.
“Jadi isteri yang baik untuk suami kamu,” kata emak saat dia mengucup dahi saya selepas saya selamat di ijabkabulkan pada malam bersejarah itu. Kali ini emak sudah betul-betul menangis.
Dan selepas menyalami emak saya bersalaman dengan ibu mertua. Itu kali kedua saya bersua muka dengannya dan kali pertama adalah saat dia menyarungkan cincin di jari manis saya setahun yang lepas. Emak tidak pernah melihat saya sebelum itu. Malah tidak pernah langsung berbual dengan saya. Emak hanya mengenali saya lewat gambar yang ditunjukkan kepadanya saat anak lelakinya menyatakan pilihan hati. Emak tidak membantah, emak tidak banyak bertanya. Emak malah menerima dengan sepenuh hati. Emak yakin dengan pilihan anak itu dan sebulan selepas itu dia bertandang ke laman ibu bapa saya untuk menunaikan keinginan anak kesayangan. Dan itulah kali pertama saya dan dia bersua muka. Tiada perkataan yang terucap hanya berbalas senyum. Selepas itu baru kami saling berhubung lewat perbualan telefon dan sedikit demi sedikit kasih saya kepadanya mula terbina.
Pertama kali saya melangkah ke rumah emak di Teluk Intan, peluh dingin mengalir. Bukan sedikit saya mendengar kisah hubungan ibu mertua dan menantu perempuan. Malah jarang sekali saya mendengar yang baik-baik. Hati sangat-sangat bimbang andai saya tidak mampu menjadi menantu idaman hati mertua. Namun ketakutan saya tidak berasas sama sekali. Emak bukanlah mertua yang cerewet yang mengharapkan kesempurnaan. Emak menerima saya seadanya dalam keluarga itu. Malah emak mendidik saya dalam hal rumah tangga seperti mana dia mendidik anak-anak gadisnya sendiri. Mengajar memasak dan sebagainya. Hari demi hari saya di rumah emak, hati saya semakin senang. Emak seorang yang sangat-sangat penyayang. Saya dapat melihat kasih sayang emak yang melimpah ruah saat dia rancak bercerita kepada saya tentang kisah waktu kecil anak-anaknya saat kami usai solat zuhur bersama-sama. Sedang-sedang rancak berbual emak nampak kelibat anak lelakinya yang baru pulang. Emak tiba-tiba tersenyum.
“Dahulu masih comot-comot berlari ke sana ke mari sekarang sudah jadi suami orang. Sekejapnya masa berlalu…” kata emak sambil saya lihat air matanya bergenang. Emak cepat-cepat mengajak saya ke dapur kerana orang-orang lelaki di rumah itu sudah mula pulang dari masjid.
Melihat mereka saya sendiri tidak sabar mahu menjadi seorang ibu. Saya mahu mempunyai kekuatan dan kemurahan kasih sayang seperti mana yang mereka miliki. Saya mahu menjadi murabbiah buat anak-anak yang saya lahirkan sendiri. Tetapi saya tidak pasti adakah mampu saya menjadi seperti mereka. Membayangkan kesakitan melahirkan anak pun sudah membuatkan saya berfikir dua tiga kali. Tetapi wanita-wanita ini adalah mereka yang pernah menyabung nyawa demi untuk melahirkan zuriat yang menjadi penyambung zaman. Bukan sekali malah berkali-kali. Dan setiap kali itu kesakitan bukan yang calang-calang. Kesakitan yang mempertaruhkan nyawa.
Mereka wanita hebat, mereka wanita yang amat saya kagumi. Mereka dalam pandangan saya lebih hebat dari wanita yang duduk di meja menjadi pengarah urusan syarikat mega. Mereka menjadi hebat dengan hanya menjalankan tugas mereka di rumah itu sebaik yang mungkin dan sehabis mampu. Mereka wanita yang menjadi hebat dengan hanya memenuhi fitrah wanita dengan sebaiknya. Mereka menjadi tunjang kekuatan si suami dan menjadi tempat anak-anak menumpang kasih. Sehebat mana pun sesiapa di luar sana tidak dapat tidak bermula dari pengorbanan wanita-wanita seperti mereka. Yang sanggup mengorbankan apa saja demi untuk melihat anak-anak ini bahagia. Kerana cinta mereka kepada saya dan anak-anak mereka adalah cinta yang tanpa syarat. Cinta yang tidak pernah mengharapkan sebarang balasan. Mereka hanya memberi, memberi dan terus memberi tanpa pernah meminta…
Saya kasih mereka dengan sepenuh hati… Kerana mereka ibuku…
Buatmu Ibu
Ibu… bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu
Ibu… kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Ibu.. kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah, Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Saya. Matahari dan Exam!
May 9, 2008Assalamualaikum…
Matahari sudah semakin setia memancarkan cahayanya setiap hari. Malah dia tidak lagi segan silu dan sembunyi-sembunyi, tetapi dengan rela memancarkan cahayanya yang indah dan menghangatkan. Dan saya dapat lihat jelas sekali cahayanya itu membawa kegembiraan dan warna.-warni. Pohon-pohon yang dahulunya hanya beranting kini sudah kembali lebat dihiasi bunga-bungaan pelbagai warna yang indahnya sungguh mengasyikkan. Subhanallah.. betapa Maha Bijaksana pencipta alam ini menata muka bumi ciptaanNya. HambaMu bertasbih dengan hamdallah… memuji kebesaran Mu. Dan saya melihat alam di sekeliling ini tidak pernah jemu bertasbih tanpa mengira musim. Panas, sejuk, kuntum, luruh… mereka sentiasa akur dan berserah diri kepada Allah. Namun, bagaimana dengan manusia?
Musim panas begitulah… musim yang paling dinanti-nanti. Kalau sebelum-sebelum ini berlari dua kali keliling Platfield pun belum tentu berpeluh tetapi sekarang berjalan 15 minit dari rumah ke kelas pun sudah berkeringat. Kalau dahulu tidak boleh tidak pakaian mesti berlapis-lapis, sekarang saya senang-senang aja berbaju kurung ke kelas. Tetapi musim-musim panas begini juga menguji iman… kerana yang disekeliling semakin singkat dan terdedah. Waktu-waktu begini harus lebih tunduk mengira batu jalan. huhu! Jangan sangka menjaga pandangan itu hanya untuk kaum adam… yang perempuan juga perlu menjaga bukan? Gelap hati nanti kalau selalu melihat yang bukan-bukan. Tambah-tambah dalam waktu-waktu genting bila mana masing-masing mengharapkan kecerahan hati.
Hari ini hari terakhir kuliah. Selepas ini sudah minggu mengulangkaji untuk peperiksaan. Saya sendiri sudah sejak beberapa hari ini ber’uzlah’ di perpustakaan. Baru sudah menghantar keping terakhir tugasan kuliah untuk tahun akademik ini. Lega. Satu perkataan saja untuk mengungkap perasaan saya ketika ini. Tadi sepulangnya dari perpustakaan saya menghadiahkan diri sendiri dengan ais krim 80 p dari van comel di tepi jalan.
“Certainly.. with this beautiful weather,” senyumnya saya balas.
Saya menikmati lazatnya ais krim. Dinginnya sungguh melegakan dalam panas terik itu. Nikmat! Namun, lapangnya fikiran itu tidak lama apabila saya akhirnya mula berkira-kira menyusun jadual studi intensif dalam minda. Hooo.. inilah akibat tidak mengulang kaji dari awal. Bukan tidak cuba malah sudah banyak kali. Kalau bisa saya katakan sejak dari bangku sekolah lagi saya mencuba namun keputusannya: gagal! Mungkin otak saya otak yg suka didesak dengan kekangan masa..ahaha! Kamu juga seperti sayakah?
Jadual exam orang minyak!
- PETROPHYSICS : 16 MAY
- SOLID FLUID FLOW : 20 MAY
- GEOPHYSICAL METHOD : 23 MAY
- SEDIMENTOLOGY : 28 MAY
- MOMENTUM, HEAT & MASS TRANSFER : 2 JUNE
Habis saja peperiksaan 2 June itu, petangnya saya ke Scarborough (which i totally have no idea where it is!) sehingga 6 June untuk menikmati keindahan batu-batuan ciptaan Tuhan. Dan hari ini sudah dapat tiket pulang ke Malaysia!!! yeay! Betul-betul tak sabar mahu pulang… mahu jumpa semua yang tersayang yang saya amat rindu!
Study! Study!
April 29, 2008Assalamualaikum..
Exam lagi dua minggu..semua orang sedang bertungkus lumus study termasuklah saya (konon la kaan..haha!). I wish I could study as hard as the little man in the video below..hihi!
Haha..lega sekejap otak saya melihat baby comel yg kuat study nih. Hehe! Tibe2 rasa cam nak baby la pulak. oh.. oh!
Abaikan saya yang melalut di malam hari.
Doakan yang terbaik untuk semua.. study hard and pray hard!
wslm
Edisi Siasat: Sepetang Bersama Makcik2 Manchester
April 26, 2008
Makcik-makcik bersama penulis
Penulis membawa makcik-makcik merenung kejadian alam. Makcik-makcik semakin insaf
Penulis membawa makcik2 pulang ke pangkal jalan setelah sedar exam dh dekat
Sesungguhnya exam telah merosakkan kewarasan saya. Sebenarnya sedari pagi tadi bertungkus lumus studi dengan Cik E untuk peperiksaan yang sudah sangat hampir. Apabila hari dah petang dan otak dah tepu saya ajak Cik E beriadah sambil berlari-lari anak di taman. Ditakdirkan Cik I dan Kak A merancang rehlah di sana pada petang itu. Jadi kami menjemput diri kami sendiri untuk turut serta. Hehe! Terima kasih untuk Laksa Penang yang sedap…cucur low density yang menyihatkan dan donut Lidl… dan yang paling utama… Terima Kasih atas ukhuwah yang sangat manis ini.. Moga Allah sentiasa tautkan hati-hati kita. Sayang antunna fillah….
sisters@plattfield
Entry yang tak penting…
April 25, 2008Saya bosan duduk keseorangan dalam bilik. Kerja-kerja kuliah menimbun sebenarnya tambah peperiksaan yang sudah sangat-sangat hampir. Tapi kepala dan hati enggan mahu membuka buku dan menelaah. Sementelah sangat2 penat menjelang hujung minggu seperti ini. Hari ini saja ada dua deadline lab report dan coursework yang perlu dihantar siang tadi. Ada pula mock exam untuk kertas Solid Fluid. Dan sesi lab yang panjang sampai ke petang. Otak minta rehat tapi baru mahu duduk tenang2 sudah disibukkan dan diserabutkan pula kepala dengan masalah lain! oh..oh.. Lupakah kamu tiada rehat di dunia ini? Rehat yang abadi di syurga kelak.
Sementara menunggu mood study datang saya isi masa dengan melompat-lompat dari blog ke blog. Akhirnya saya berkeputusan mahu update blog sendiri yang sudah terlalu lama saya abaikan. Tak ada idea sebenarnya nak tulis apa tiba-tibe terjumpa this blog-thing yang menarik. Mahu tahu ape maksud nama saya tak? (Suke hati die jek elaborate panjang lebar nama saya, padahal mak saya kasi nama tu sebab nak saya jadi perempuan yang halus dan lemah lembut. Maklumla maksud nama saya ‘cahaya kehalusan’… hui2!)
What Nur Liyana Means |
![]() You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people. You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts. You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals. You are a very lucky person. Things just always seem to go your way. And because you’re so lucky, you don’t really have a lot of worries. You just hope for the best in life. You’re sometimes a little guilty of being greedy. Spread your luck around a little to people who need it. You are wild, crazy, and a huge rebel. You’re always up to something. You have a ton of energy, and most people can’t handle you. You’re very intense. You definitely are a handful, and you’re likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun. You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow. You are light hearted and accepting. You don’t get worked up easily. Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is. You tend to be pretty tightly wound. It’s easy to get you excited… which can be a good or bad thing. You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don’t stick with any one thing for very long. You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start. You are a free spirit, and you resent anyone who tries to fence you in. You are unpredictable, adventurous, and always a little surprising. You may miss out by not settling down, but you’re too busy having fun to care. You are usually the best at everything … you strive for perfection. You are confident, authoritative, and aggressive. You have the classic “Type A” personality. |
Haha…poyo jek elaboration die kan? Ada yang betul ade yang tidak… tak penting pun kamu nak fikir sama ada betul ke tak personaliti saya macam tu. Tak menambahkan iman pun. Kalau kamu datang lawat saya kat bilik saya ni sambil membawa buah tangan seikhlas hati insyaAllah menambahkan pahala. Haaa..tambah musim2 kritikal ni. Tak sabar nak balik Malaysia!!! (padahal tiket pun belum beli lagi..haha!).
Cukuplah saya melalut. Nak pegi minum kopi sat…
wassalam





