Assalamualaikum…
Matahari sudah semakin setia memancarkan cahayanya setiap hari. Malah dia tidak lagi segan silu dan sembunyi-sembunyi, tetapi dengan rela memancarkan cahayanya yang indah dan menghangatkan. Dan saya dapat lihat jelas sekali cahayanya itu membawa kegembiraan dan warna.-warni. Pohon-pohon yang dahulunya hanya beranting kini sudah kembali lebat dihiasi bunga-bungaan pelbagai warna yang indahnya sungguh mengasyikkan. Subhanallah.. betapa Maha Bijaksana pencipta alam ini menata muka bumi ciptaanNya. HambaMu bertasbih dengan hamdallah… memuji kebesaran Mu. Dan saya melihat alam di sekeliling ini tidak pernah jemu bertasbih tanpa mengira musim. Panas, sejuk, kuntum, luruh… mereka sentiasa akur dan berserah diri kepada Allah. Namun, bagaimana dengan manusia?
Musim panas begitulah… musim yang paling dinanti-nanti. Kalau sebelum-sebelum ini berlari dua kali keliling Platfield pun belum tentu berpeluh tetapi sekarang berjalan 15 minit dari rumah ke kelas pun sudah berkeringat. Kalau dahulu tidak boleh tidak pakaian mesti berlapis-lapis, sekarang saya senang-senang aja berbaju kurung ke kelas. Tetapi musim-musim panas begini juga menguji iman… kerana yang disekeliling semakin singkat dan terdedah. Waktu-waktu begini harus lebih tunduk mengira batu jalan. huhu! Jangan sangka menjaga pandangan itu hanya untuk kaum adam… yang perempuan juga perlu menjaga bukan? Gelap hati nanti kalau selalu melihat yang bukan-bukan. Tambah-tambah dalam waktu-waktu genting bila mana masing-masing mengharapkan kecerahan hati.
Hari ini hari terakhir kuliah. Selepas ini sudah minggu mengulangkaji untuk peperiksaan. Saya sendiri sudah sejak beberapa hari ini ber’uzlah’ di perpustakaan. Baru sudah menghantar keping terakhir tugasan kuliah untuk tahun akademik ini. Lega. Satu perkataan saja untuk mengungkap perasaan saya ketika ini. Tadi sepulangnya dari perpustakaan saya menghadiahkan diri sendiri dengan ais krim 80 p dari van comel di tepi jalan.
“Certainly.. with this beautiful weather,” senyumnya saya balas.
Saya menikmati lazatnya ais krim. Dinginnya sungguh melegakan dalam panas terik itu. Nikmat! Namun, lapangnya fikiran itu tidak lama apabila saya akhirnya mula berkira-kira menyusun jadual studi intensif dalam minda. Hooo.. inilah akibat tidak mengulang kaji dari awal. Bukan tidak cuba malah sudah banyak kali. Kalau bisa saya katakan sejak dari bangku sekolah lagi saya mencuba namun keputusannya: gagal! Mungkin otak saya otak yg suka didesak dengan kekangan masa..ahaha! Kamu juga seperti sayakah?
Jadual exam orang minyak!
- PETROPHYSICS : 16 MAY
- SOLID FLUID FLOW : 20 MAY
- GEOPHYSICAL METHOD : 23 MAY
- SEDIMENTOLOGY : 28 MAY
- MOMENTUM, HEAT & MASS TRANSFER : 2 JUNE
Habis saja peperiksaan 2 June itu, petangnya saya ke Scarborough (which i totally have no idea where it is!) sehingga 6 June untuk menikmati keindahan batu-batuan ciptaan Tuhan. Dan hari ini sudah dapat tiket pulang ke Malaysia!!! yeay! Betul-betul tak sabar mahu pulang… mahu jumpa semua yang tersayang yang saya amat rindu!
May 17, 2008 at 3:35 pm |
good luck taw!!!
walaupun hati da smpai msia
tp jgn putus asa ye!!